Azam Tahun Baru

Hmmm..ape azam tahun baru 2009 ye..Sebenarnya banyak dalam kepala otak aku ni..Sekarang aku nak senaraikan azam-azam untuk tahun 2009 selepas dapat kerja.


Aku nak amek lesen kereta..Aku cuma ade lessen moto je so skang aku nak amek lesen kereta pulak..Senang kalau dah ade lesen kereta nanti…


Bila dah ada lesen kereta dah tentu aku nak beli kereta..Kereta impian aku sebenarnya Toyota Estima tapi aku rasa tahun pertama aku tak mampu lagi nak beli Estima so aku decide beli kereta yang harga bersesuaian dengan kewangan aku nanti..Mungkin MyVi, mungkin Vios dan mungkin jugak Honda Accord..(peh,memilih tak hengat)..



Then aku nak beli camera digital yang sesuai untuk photographer..Dah lama aku idam nak beli tapi disebabkan aku tade duit sebab masa tu tengah belajar lagi so aku tangguhkan dulu hasrat aku tuk beli camera tu..Aku harap tahun 2009 ni aku dapat realisasikan impian aku..


Kemudian aku nak improvekan aku pnya hiphop dance..i mean belajar sendiri la..hahaha..ini just untuk suka-suka je..dulu penah terfikir nak masuk kelas tarian hiphop kt Linda Jasmin Studio tapi bila pikir-pikir balik aku menari hanya untuk suka-suka je..

Pastu aku rasa aku nak cari calon bf kowt..wakakaka…aku nak cari ikut citarasa aku..selama aku belajar ni aku tade langsung perasaan tuk berchenta..almaklumla aku tak suka campur adukkan pelajaran dan chenta..Mungkin tahun 2009 aku akan temui chenta ku..muahaha…

Ciri-ciri lelaki yang aku berkenan :

1 : Pakaian simple tapi ada style..

2 : Rambut mesti ade style.. (korea,hiphop, etc)

3 : Tak handsome pun tape janji manisnya tetap ade.

4 : Caring tapi tak terlampau caring..

5 : Tak halang kebebasan aku..

6 : Bukan seorang yang penakut..

7 : Seorang yang cool n sempoi..

8 : Yang paling penting boleh bimbing aku dan dan bakal anak-anak aku nanti..ceewaah!haha


Ciri-ciri lelaki yang aku tak berkenan :

1 : Simple tapi tade style langsung...

2 : Rambut selekeh..

3 : Mat rempit..

4: Terlampau amik berat sampai buat aku naik rimas..

5 : Suka mengikut apa saja yang aku buat..rimas dow!

6 : Pura-pura berani..

7 : Kaki pukul aka panas baran..!


Sekian,time kasih..hahaha
Dengan secara rasminya aku telah menamatkan pengajian aku selama ni..So sekarang masa untuk aku cari kerja tapi memang susah nak cari..Aku ingatkan senang..takpe,yang penting usaha..kan kan!hee

Aku sebenarnya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu sepanjang pengajian kat sini.tapi kat sini aku nak khususkan pada kawan-kawan yang aku anggap baik dengan dengan aku:

Talib


Terima kasih yang teramat sangat aku ucapkan pada Talib sebab dia paling banyak membantu waktu aku susah dan senang..Dia tolong tanpa minta sebarang balasan..Aku amat terharu saat aku betul-betul mahukan pertolongan dia akan membatu tak kira la dari segi assignment ataupun dari segi kewangan..Memang tak pernah berkira dengan aku..Teima kasih banyak-banyak Talib..

Muiz & Walam


Haaaa..mamat dua orang ni memang selalu menyakitkan hati aku..Maksud aku derang ni suka menyakat..suka melawak..kalau boleh sabar memang sabar jela kalau tak balas membalas la jawabnye..Tapi aku suke membalas..sonok kenekan derang..Tengok sape yang terdiam dulu..hahaha..Thanks jugak kt dak 2 orang ni sebab banyak jugak tolong aku dalam kelas..kiranya tak lokek ilmu pengetahuan la..Thanks a lot guys..!

Incik Amat


Amri


Wokeh,sebab ape aku sekali kan derang ni..sebabnya meraka ni banyak bantu aku..Amat banyak bantu dari segi pelajaran n terima kasih sebab jadi cikgu kitorang masa belajar buat database n disebabkan itu aku lulus masa amali web programming..thanks buddy! Amri pulak kawan aku dari dulu lagi..Dia jugak banyak bantu bila aku dalam kesusahan..dia sanggup teman aku masa nak tunggu mak ayah aku sampai..dia jugak yang tolong aku bila aku nk ke KL..dia yang tolong tanyakan kat kawan-kawan dia kalau-kalau ade sesape yang nk g ke KL supaya boleh bawak aku sekali..aku memang terharu sangat..Aku tak lupa janji aku pade hang..Time K.Ija kawen aku bawakkan MCD eyh..jangan tak makan pulak..kosongkan perut tu walapun dah kenyang makan lauk kenduri..

Rini


Riniiii! Teman aku bila aku nak mengutuk n kami sama-sama kaki kutuk..Sonok taw buat ketupat..ilang semua rasa tension bila banyak kerja..Kalau da gelak tu memang tak ingat..1 taman pun tension kalau dengar kitorang gelak..hahaha..dia la pengubat sebab suka melawak..Walaupun mulut laser tapi memang best la kawan ngan dak nih..

Ecah


Aku suke nyakat ecah..dia kalau orang panggil sekali memang tak dengar..3 kali panggil baru dia dengar..agak give up la kalu nak memanggil si ecah ni..hahaha..Tapi ecah ni seorang pendengar yang setia dan sebab tu la aku suke cerita pada ecah..Aku selesa kawan dengan ecah..Ape saje yang aku cerita ecah mesti dengar..dia takkan buat tatau..Mula-mula aku piker ecah ni tak suka ngumpat-ngumpat orang…aku piker dia suke buat hal sendiri tapi bila da start kawan ngan dia,mak ai..tejut den..boleh tahan jugak dak ecah ni..hahaha..ampun ecah…!

Pada yang lain-lain jugak terima kasih kerana membantu aku tatkala aku susah dan senang..Semoga persahabatan kita ini akan kekal hingga akhir hayat! Samapai ketemu lagi kawan-kawan!

Fast & Furious 2 Bereeh iT!



13 December 2008, Sabtu
1:30pm – 5:30pm
City Karting Enterprise
Shah Alam Stadium, Sec 13

Bayaran hanya RM45seorang. Cepat sebelum 11 Dec 08!
Hubungi Abby 017-2562032 atau Zeq 016-6507805

Maybank Ac 1141 2351 2846 (Zalia Badaruddin)


-Percuma Go-Kart Klinik untuk keselamatan dan
pengetahuan asas sukan ini
-Kelas Memandu bersama Heliza Helmi. Gerenti Lulus!
-Sajian ringan @ light meal homemade disediakan dengan
Resepi Rahsia
-Rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah
pemandu terpantas di setiap pusingan
-Peluang membawa pulang sebuah kereta hebat!

Tunggu apa lagi! Cepat sebelum terlambat. Terbuka hanya untuk 40 peserta. Rasai pengalaman memandu di litar dengan riang dan selamat yang pasti mengujakan!

Pencarian NadiaCribs Dancer!



Kalau boleh dapat cari penari yang macam ni :

Bereeh New items...

PERHATIAN!!
TAWARAN UNTUK PAKEJ NO1 SUDAH TAMAT!
CAR STIKER sudah HABIS
BEREEH POKET CALENDAR CUMA TINGGAL 160 KEPING

Bereeh ada mengeluarkan merchandise terbaru..


Car Sticker 15"x5"




Car Sticker 5"x5"



Bereeh Pocket Calendar



1. Package
RM8 = 1pc Car stiker 15"x5", 1pc Car stiker 5"x5" & 5pcs Bereeh pocket calendar

Untuk mereka yg ingin order satu2
2. RM5 = 10pcs Bereeh pocket calendar
3. RM6 = 1pc Car stiker 15"x5"
4. RM3 = 1pc Car stiker 5"x5"

Cara Pembayaran
Cash On Delivery (COD)
sila rujuk ke tred ini:
http://www.helizabereh.com/web/index.php?option=com_smf&Itemid=2&topic=761.0

Muzik - Muzik


First of all aku nak ucapkan tahniah pada Heliza sebab berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir Muzik – Muzik 2008 yang akan berlangsung pada 18/1/2009.

Aku sempat tengok depan tv je..tak dapat nak pegi Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebab member-member semua ada hal..nak wempit memalam sorang-sorang mata den ni bukannya nampak sangat..terpaksa cancel 5 tiket dekat Nad..sedeynye..sobbssss..tapi tape sebab final still ada..haa,aku la orang pertama yang lari pegi buka tv kat bawah tu..then baru Ecah ngan Rini turun sama..semangat ni nak tengok Ija.

Ija first perform sekali dengan mawi..Aku dengar suara Ija da matang diler..lain dari dulu..taniah buat Ija n baju dea malam tu pun chantek..n taniah jugak pada mamat handsome dari Akademi Nasyid..tak sangka dea dapat jugak..hek

To Ija aka Heliza practice elok – elok taw..semoga sukses masa final nanti..caiyok – caiyok ! !

Senarai calon Etnik Kreatif

1. Doa Dalam Lagu : Mawi & Heliza
2. Jarak Rindu : Azfar
3. Puteri Tarian Kasih : Anis Aneesa
4. Pujangga Merindu : Syura
5. Songo : Amy Search
6. Persoalan Cinta : Farawahida
7. Panas : Ifa Raziah
8. Dusta Berkalang : Aiman
9. Mengharap Sinar : Dior
10. Lambaian : Fazli Zainal
Blog Widget by LinkWithin